Wednesday, December 2, 2009

Hanya rokok pek 20 boleh dijual

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Mulai Jun tahun depan hanya rokok dalam pek 20 batang sahaja yang boleh dijual di pasaran.

Ini ekoran langkah Kementerian Kesihatan yang akan menguatkuasakan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang bermula 1 Jun 2010.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan kerajaan itu telah dipersetujui semua syarikat rokok di negara ini dan rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

"Pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan bermula hari ini hingga 31 Mei 2010 untuk menghabiskan bekalan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang rokok di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, larangan pengilangan dan penjualan rokok yang mengandungi kurang 20 batang itu sebenarnya telah diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

"Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan itu telah ditangguhkan selama enam tahun selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok,'' katanya.

Beliau berkata, langkah larangan penjualan paket rokok itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), di mana Malaysia merupakan ahlinya sejak 2005.

''FCTC menyarankan agar penjualan rokok dalam kotak bersaiz kecil dihentikan kerana ia mampu dibeli oleh kanak-kanak, sekali gus menjurus mereka kepada tabiat merokok," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tabiat merokok adalah merugikan dari segi kesihatan dan juga kewangan.

"Asap rokok terbukti mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia yang merosakkan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kanser," katanya.

Jelas Tiong Lai, perkara itu juga merupakan pelengkap kepada usaha yang sedang dan telah dijalankan oleh kerajaan bagi melindungi rakyat negara ini daripada bahaya merokok.

"Sehubungan itu dengan penguatkuasaan sepenuhnya larangan itu bermula 1 Jan 2010, sesiapa yang didapati bersalah melanggar Peraturan 9 dan 16, PPKHT 2004 akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun," tegas beliau.

sumber : utusan

4 comments:

spark said...

ok la rokok murah tu kat mesia
hehehe

TheRedsOfMerseyside said...

abis la lagenda dunhill 14 pasni.. rokok wajib aku tuh dulu..hehe

BanDeLa said...

rokok daun kan ada...
hehehehee

race said...

bile la aku nak berenti merokok??
nak kate hard core xde la sgt.. tp dah cam tabiat je hahhahah..