Wednesday, May 12, 2010

Beza Orang Selalu Menggunakan Internet dan Tidak Selalu Menggunakan Internet

Internet merupakan antara ciptaan manusia yang sangat mengagumkan pada abad ini. Dengan internet terlalu banyak perkara yang dapat dilakukan. Tidak kira banking, sosial, penyampaian maklumat, dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan tidak 'hidup' dunia ini tanpa internet.

Walaupun begitu, tidak semua orang terdedah dengan perkara ini. Malahan ada yang langsung tidak tahu bagaimana untuk membuka alamat bagi sebuah laman web!. tidak pelik.
Kalau di ambil secara purata, aku bahagikan untuk entri ini kepada dua bahagian. Satu golongan yang selalu berinterent dan satu lagi golongan yang jarang berinternet.

Adakah wujud perbezaaan antara keduanya.?

Untuk entri ini, aku pun tidak dapat pastikan kebenarannya sepenuhnya kerana ianya adalah anggaran aku semata-mata. Kalau ada cadangan lain boleh kemukakan diruangan komen ye.:)

BROWSER

-Orang selalu berinternet menggunakan firefox (mungkin terbaru chrome)
Kebiasaannya golongan ini tahu kelebihan yang ada pada firefox. Dan kebanyakan laman web yang ada adalah sesuai untuk dipapar menggunakan firefox. bagi yang sedikit advance, mereka akan tahu add ons apakah yang sesuai untuk kegunaan mereka.

-Orang jarang berinternet menggunakan Internet Explorer.
Kenapa internet explorer.? Kerana ianya didatangkan secara automatik apabila anda install windows bukan.?. Jadi apabila seseorang itu jarang menggunakan internet, perkara pertama yang terlintas untuk berinternet adalah menggunakan internet explorer yang sudah tersedia.

SEARCH

Orang selalu berinternet 'search' menggunakan google.
Apabila menggunakan internet, sememangnya tidak dapat lari dari mencari sesuatu. Bagi yang selalu menggunakan internet, mereka tahu kelebihan yang dibawa oleh google. Selain itu, google lebih ringan berbanding engin pencarian lain. Bagi yang sedikit advance, mereka akan tahu menggunaan beberapa trick pada kotak carian.

Orang jarang berinternet 'search' menggunakan yahoo.
Keadaanya hampir sama bagi seseorang yang menggunakan internet explorer, boleh dikatakan inilah yang 'ditanam' dalam minda apabila mula-mula menggunakan internet.
Biasanya perkara ini akan berubah perlahan-lahan apabila mengetahui google lebih baik.:)


BOOKMARK
Orang selalu berinternet ada bookmark sesebuah laman web.
Bagi yang selalu berinternet,bookmark merupakan antara perkara paling senang 'save' laman web yang mereka suka dan tertarik. Dengan adanya boomark mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk taip url pada kotak address.:). Ada kalanya bookmark juga digunakan untuk 'save' sementara.:)

Orang jarang berinternet..Apa itu bookmark.?
Bagi mereka yang jarang berinternet, mungkin bookmark adalah satu istilah untuk sesuatu yang mungkin akan menyusahkan. Mungkin mereka juga sanggup copy n paste alamat untuk web ke dalam notepad. Sedangkan bokmark adalah antara perkara paling mudah.:)


DOWNLOAD

Orang selalu berinternet download menggunakan aplikasi tertentu
Apabila sudah selalu berinternet adalah perkara yang hendak didownload. Kebiasaan aplikasi yang digunakan adalah seperti IDM atau downthemall atau Flashget dan lain². Tidak kira la video klik lagu, mp3 ataupun movie. Dengan menggunakan aplikasi ini proses untuk download dapat dipercepatkan dan dipermudahkan.


INTERNET CONNECTION

Orang selalu berinternet - Tiada internet - Tidak senang duduk.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan orang yang selalu berinternet, bangun tido sebelum mandi buka internet dahulu, buka apa-apa yang patut. Bagi yang dipejabat, sebelum memulakan kerja juga berinternet dahulu sebelum buat kerja-kerja lain.. Kalau tidak berinternet sehari dua tidak senang duduk dibuatnya.

Orang jarang berinternet - Tiada internet.? Ok je..
Bagi yang jarang berinternet kadang tu memang tidak kisah langsung samada mempunyai kemudahan internet atau tidak. Malahan dirasakan tiada kesan untuk dirinya. Mungkin konsepnya mudah. Ada internet, guna. Tiada internet, tidak mengapa..

------------------------------------

Zaman serba moden ini, internet sangat penting.
Banyak perkara yang boleh buat dan belajar dari internet
Boleh dikatakan ilmu yang ada di internet tidak akan habis walaupun anda membaca kandungannya 24jam sehari.
Terlalu banyak kandungan-kandungan baru sehinggakan tidak terkejar dibuatnya.:)

Apapun bagi aku mudah sahaja,
walaupun anda tidak tahu banyak berkaitan internet, paling kurang anda kena tahu perkara-perkara basic berkaitan internet kerana dunia hari ini tidak dapat lari dari semua ini. Bagi yang tahu banyak berkaitan internet, itu adalah kelebihan bagi anda!!!

credit to : Unwanted86

0 comments: