dashboar bloeh masuk, nak ke wenpage x leh adoiiii
Read more...Friday, January 6, 2012
Friday, November 12, 2010
Belajar ABC Dulu Dan Sekarang????
Kalau dulu2 kita belajar ABC, gambar2 dia lebih kurang camgini...
Tapi zaman sekarang........
hhhehe... F for Facebook? huyooo.... Y=Youtube, lg dasat......
Monday, October 11, 2010
Foto terbaru Proton Waja Lancer di Genting Highland
Gambar2 model baru Proton yg akan menggantikan model sedia ada Waja.
Diambil dr model Mitsubishi Lancer EX.
Harga untuk versi 1.8L manual/auto transmission dikhabarkan sekitar RM76,000 hingga RM79,000 manakala versi 2.0L Full spec/auto/paddle shift transmission RM99,000 ( update info terkini daripada facebook Proton Lotus Enthusiast )
sumber : Lowyat.net
Wednesday, August 25, 2010
Salam 15 Ramadhan
Salam 15 Ramadhan…
Posting kali ni hanya nak share hal2 yg berlaku sepanjang 15 hari kita berpuasa tahun ini.
Alhamdulillah, setakat ni, tiada keuzuran yg menghalang puasaku, so penuh la maknanya tu. Solat terawih pun Alhamdulillah, hanya tinggal sehari pd 11 Ramadhan hari tu, sbb adik aku datang berbuka puasa di rumah.
Hingga hari ni, belum berkesempatan nak berbuka di luar bersama keluarga, kecuali 2 kali di rumah mertua. Tengok la hujung2 sket...Manakala esok pula (16 Ramadhan) ada majlis berbuka di pejabat.
Si Harraz pula, ada tinggal 1 hari pd 4 Ramadhan, sbb demam… kesian dia x nak berbuka tapi aku paksa juga sbb dah lembik sgt… itupun dah pukul 1.30 ptg dia berbuka, kira azan Zohor la ni hehhee… x pe la sbb uzurkan… Kira last year lg power la dia, sbb penuh puasanya. Tapi dia cakap last year boleh la sbb dia tadika, x penat sgt macam sekarang, dr pagi sampai petang kat sekolah. Naik bas turun bas lagi huhuu… Syabas abang, abah bangga dengan abang!!
Si kecik plak, ada la 2 3 kali sibuk time org nak bersahur hehehe... tp kul 7 pun x abeh lg sahur dia hhahaha... time berbuka toksah cite la, mmg dr mula dia je konker table hahahaha....
Aku rasa aku makin kurus la wakakakkaa.. perasan sket huhuhu....
Lain2 xde ape la kut,… zakat fitrah aku belum bayar lagi… hehehhee….
Wassalammu.. Read more...Thursday, August 19, 2010
Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.
PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau!!
sumber : Hafizi Zain
Thursday, July 29, 2010
Penulis blog perlu mempunyai kod etika
Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.
"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.
"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.
"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini.
"Kita (penulis blog) mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada rakyat seterusnya mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan itu.
"Sehubungan itu, kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah," katanya.
Beliau berkata, kuasa itu juga merupakan keperluan untuk seseorang penulis blog menjadi seorang yang bertanggungjawab seterusnya menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakyat di seluruh dunia.
"Sekiranya peranan itu berjaya dimainkan, saya percaya blog yang kita miliki bukan sahaja akan popular malah menjadi rujukan seluruh pembaca media alternatif itu di seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kebebasan media arus perdana, Dr. Mahathir berkata, tiada kebebasan media di negara ini kerana kebanyakannya sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pembangkang dikawal oleh pihak tertentu.
"Oleh sebab itulah, tidak semua maklumat yang disampaikan dan disebarkan melalui media arus perdana di negara ini dinyatakan secara menyeluruh dan kadangkala bertentangan dengan fakta sebenar," katanya.
Bagaimanapun, katanya, media arus perdana seperti surat khabar tidak boleh disalahkan sekiranya maklumat atau berita yang disampaikan tidak mencukupi dan memuaskan hati pembaca.
"Ini kerana, selain berita, surat khabar juga mencetak iklan-iklan bagi menambahkan nilai komersial akhbar tersebut. Ruang yang terhad juga menyebabkan kurang berita yang dapat disampaikan kepada umum," katanya.
Beliau berkata, selain surat khabar, pembaca juga boleh mencari alternatif lain kerana terdapat banyak akses untuk pembaca mendapatkan maklumat.
"Tetapi pembaca perlu bijak untuk menilai maklumat yang diterima, sama ada ia betul atau tidak kerana ada antara maklumat yang diperolehi terutamanya melalui internet hanyalah berbentuk propaganda," katanya.
Sumber : Internet