Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "
sumber : internet
Tuesday, August 25, 2009
Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan Al Mubarak
Smlm dah tgk anak bulan, dan sah anak bulan tidak kelihatan hehehe...
Dan puasa bermula esok, sabtu 22 ogos...
di kesempatan ini aku nak mohon maaf pada semua yg aku ada buat salah silap... moga aku dpt masuk ke ramadan dgn aman dan amalan ku diterima.. amin...
puasa thn ni, 1st time berpuasa kat umah sendiri.... harap2 x terlepas sahur huhuhuhu.....
dan thn ni gak aku nak latih@paksa (huhuhu) anak aku yg 6 thn tu mula puasa.. las year asik hapday je... mana aci heheheheh.... cian gak tgk muke dia monyok je bila posa....
tp aku dulu pun ntah darjah berapa baru stat posa wakakakaka.......
Salam Ramadan utk semua!!
Luahan Emosi
ntah nape aku rasa emo sgt pagi jumaat ni..... aku x pernah camgini.... bagi yg rapat ngan aku, musti paham ngan peel aku yg x suke emo2.... selalu hepi go lucky je.....
mungkin sbb smlm aku dpt berita dari member yg selama ini amat rapat ngan aku.
tetiba smlm dia cite dah buka bisnes ngan geng2 dia....
tebabooo!!! rasa sedih beb, sbb aku ni bkn geng dia ke? selama ni dok plan ngan aku nak buat itu, ini, ke sana ke mari cari peluang biz.. alih2 dia buat ngan org lain??
bukan aku nak nafikan hak dia utk buat gitu... tp at least infom la aku sbg teman rapat.... kurang2nye x la aku tahu las minit...
mmg la biz yg dia nak buka tu x de kena mengena ngan interest @ skill aku, tp........ ish..... nape aku emo sgt ni??? dah tua gamaknye hehehehe....
tp ape2 pun aku tetap doakan biz ko maju bro... dan aku tetap sapot lu cam biasa.............
dan kalo lu baca coretan luahan gua ni beb, gu nak lu tahu yg gua tetap macam dulu beb.... dan wa akan sapot lu nye bis kalo lu mau.........
ish ish ish........
chow!!
Thursday, August 20, 2009
Liverpool vs Stoke City - Video Gol2
Kemenangan pertama the kop season ni...
harap2 berterusan la....
Friday, August 7, 2009
Ketawa penawar duka

Lawak betoi bila baca karangan ni, rasa cam nak guling2 lak...
harap2 anak2 aku esok jgn la camgini kan....
"hantu itu sangat takut" - ayat yg buat aku pecah perut hahahahah....



